HD 209458 b
HD 209458 b

HD 209458 b

HD 209458 b merupakan sebuah planet luar suria yang mengorbit bintang HD 209458 dalam buruj Pegasus, kira-kira 150 tahun cahaya dari Sistem Suria. HD 209458 merupakan bintang magnitud ke-8, dan boleh dilihat dari Bumi menggunakan teropong.Jejari orbit planet ini ialah 7 juta kilometer, atau 0.047 unit astronomi, atau satu perlapan jejari orbit Utarid. Jejari yang kecil ini menyebabkan ia mempunyai tahun sepanjang 3.5 hari Bumi dan suhu permukaan kira-kira 1,000 darjah Celsius. Jisimnya 220 kali ganda lebih berat dari Bumi (0.69 jisim Musytari), yang menunjukkan bahawa ia mungkin merupakan teras gergasi gas yang hampir mati [2].HD 209458 b telah beberapa kali menjadi batu tanda dalam penyelidikan planet luar. Ia merupakan planet pertama didapati mentransit, planet luar suria pertama diketahui memiliki atmosfera, planet luar suria pertama dilihat memiliki atmosfera hidrogen menyejat, planet luar suria pertama didapati memiliki oksigen dan karbon dalam atmosfera, dan salah satu dari dua planet luar suria pertama yang diperhatikan menggunakan spektroskopi. Pada April 2007, ia juga dikatakan menjadi planet luar suria pertama memiliki wap air dalam atmosferanya [3][4][5].

HD 209458 b

Planet luar suria Senarai

Rujukan

WikiPedia: HD 209458 b http://www.reuters.com/article/scienceNews/idUSN10... http://www.space.com/scienceastronomy/070410_water... http://adsabs.harvard.edu/abs/2005ApJ...629L.121L http://adsabs.harvard.edu/abs/2008ApJ...681.1631J http://www.lowell.edu/press_room/releases/recent_r... http://exoplanet.eu/planet.php?p1=HD+209458&p2=b http://simbad.u-strasbg.fr/simbad/sim-id?Ident=HD+... http://www.nasa.gov/vision/universe/newworlds/Osir... //arxiv.org/abs/0803.0026 //doi.org/10.1086%2F444558